Welcome to my official blog


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 25, 2012

ciri-CiRi PeReMpUaN kAkI kIkIs



(kajian ini tidak termasuk skrip drama yang lebih hebat daripada filem Nur Kasih)

1. Semasa proses mengenali lelaki ini dia akan menggunakan segala aset yang dimilikinya bagi       menggoda seseorang lelaki.

2. Selalunya perempuan pisau cukur ini orangnya lemah lembut, manis dan sangat pandai berkata kata. selalunya pada permulaan hubungan dia tidak akan meminta apa-apa. namun, lama kelamaan sampai botak si lelaki memenuhi permintaannya.

3. Agak seksi dan menggoda hingga memudahkan lelaki cair.

4. berperwatakan mewah bagi meyakinkan lelaki yang dia tidak memerlukan harta si lelaki untuk senang.

5. selalunya mempunyai kenangan pahit tersendiri. mungkin pernah dilukai ataupun diperlakukan sesuatu oleh lelaki sehinggakan dia menganggap semua lelaki tidak bole dipercayai dan menanam hasrat bagi membalas dendam pada semua lelaki.



6. apabila sudah agak lama berkawan, dia akan mula meminta macam macam. selulunya permintaanya akan bermula sedikit demi sedikit. contohnhya buat permulaan dia akan meminta telefon bimbit. kemudian dia akan meminta lebih lagi.

7. selalunya tiada perasaan cemburu. tidak mahu mengakhiri hubungan dengan  perkahwinan. tidak mengira status seorang lelaki sama da berkahwin ataupun bujang asalkan banyak harta dan wang.

8. mudah dibawa ke mana mana tanpa sebarang sekatan. baginya asalkan tempat yang mahu ditujui dapat memberi manfaat kepadanya, contohnya membeli belah.

9. selalunya tudak akan menceritakan latar belakang keluarganya. sekiranya ditanya, selalunya dia lebih suka mengelak. jadi, tidak mustahil sekiranya sudah berbula bulan berkawan tetapi masih tidak tahu asal usulnya.

10. apabila lelaki yang dikikis sudah tidak lagi mendatangkan manfaat kepadanya, dia akan mencari kesalahan lelaki itu bagi meninggalkannya.

#Jangan terasa wahai wanita. jika anda bukanlah seorang yang kaki kikis , kenapa perlu terasa bukan ? 





No comments: