Welcome to my official blog


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 5, 2012

cInTa KuAlA lUmPuR DaN kEdAh


Telefon bimbit berwarna pink itu ku genggam erat, selepas itu aku tatapnya semula. Tiada satu pun mesej yang masuk. Entah ke berapa kali kami bergaduh. Sejak kebelakangan ni kami sering kali bergaduh walaupun hanya hal yang remeh-temeh. "Erm, apa nak jadi dengan hubungan kami ni "? aku bermonolog sambil merebahkan badan ke katil. Tiba-tiba telefon bimbit comelku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Tertera nama Que pada skrin telefonku. Aku mencapai telefonku lalu membuka inbox untuk mengetahui mesej yang Que bagi. Dia memohon maaf padaku kerana sibuk di tempat kerjanya. Hurmm, dah berapa kali kami bergaduh.Aku naik muak dengan perangai aku yang kuat merajuk. Aku dapat rasakan yang Que pun sudah bosan untuk memujukku yang kuat merajuk bagaikan anak-anak kecil. Tapi bukan salah aku saja, Que banyak curiga dengan kesetiaan yang aku beri selama kami menjadi sepasang kekasih. Dan aku tak boleh teruskan hidup dengan sikap ego yang tinggi macam ni. Lagi pun salah Que sikit je. Aku yang merajuk lebih-lebih. Agaknya inilah dugaan orang yang tengah hangat bercinta tetapi dalam jarak yang jauh. Aku di Kuala Lumpur dan Que di Alor Setar.

Teringat kembali pada setahun lepas saat kami berkenalan antara satu sama lain. Kami berkenalan hanya dalam laman chatting 'MOKO.MOBI'. Dan kami hanya dapat berjumpa dengan Que selepas 9bulan kami berkenalan. Itu pun kerana sepupuku berkahwin dengan orang Alor Setar, Kedah. Nasib aku sangat baik kerana akhirnya aku dapat berjumpa dengan Que setelah 9bulan berkenalan. Perasaan aku bercampur baur kerana buat pertam kalinya aku bersendirian untuk berjumpa dengan orang yang aku baru kenali. Pada mulanya, aku takut aku tak dapat terima bagaimanlah rupa paras 'boyfriend' aku tu. Bila sudah berjumpa face to face aku meras sangat lega kerana Que atau Naqiuddin (nama sebenarnya) sangat kacak sehinggakan aku mahu pitam apabila melihat rupa parasnya yang kacak itu. Terima kasih Ya Allah, kerana kau ketemukan aku dengan seorang pemuda yang kacak. Aku tersenyum sendirian apabila mengingati saat pertama kali kami berjumpa. "Farisha...." laung ummi dari dapur. Aku tersentak dari lamunanku. "Tolong ummi sekejap," sambung ummi lagi. "Baik ummi, Iesya turun sekarang," sahutku sambil menuruni anak tangga lalu menuju ke tinggkat bawah. Aku mengambil telefonku kedalam poket seluarku. Aku dan telefon bimbit comelku tidak akan berenggang kerana setiap masa aku sentiasa menanti mesej daripada Que walaupun kami sering kali bertengkar.

Farisha bersalam dengan ummi, kemudian aku mencium pipi ummi yang kucintai. " Ummi, Iesya naik atas dulu ye? ummi dengan abah jaga diri baik-baik tau.. drive elok-elok... i love you ummi, abah." Sekarang aku bergelar seorang mahasiswi di Pusrawi International College Of Medical Science (PICOMS). Sekarang aku berada di semester3. Kiranya aku senior kat kolej ni..hehehe.. Aku mengambil bidang kejururawatan di kolej ini. Sejak kecil lagi aku meminati bidang jururawat kerana aku ingin menyelamatkan nyawa semua manusia di bumi Allah ini. Aku akan sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa semua orang terutama sekali ummi, abah dan Que yang ku sayang.

Aku berlari-lari anak menaiki anak tangga hostel dengan pantas kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan rakan sebilik ku Zynn dan Fynna. Aku dan rakan-rakan sebilik ku sangat rapat seperti hubungan adik-beradik sehinggakan segalanya kami lakukan bersama. Rasa rindu yang sangat menebal setelah cuti dua minggu berlalu begitu sahaja tanpa membuat apa-apa aktiviti yang menarik. Aku hanya menghabiskan waktu dengan menonton televisyen saja. Aku jarang keluar rumah sejak kebelakangan ini.



                                                                      TO BE CONTINUE...






No comments: